|
Ditulis oleh Administrator
|
|
Rabu, 28 Oktober 2009 23:21 |
|
BENDERA SEKOLAH
 Warna Hijau : - Melambangkan warna ketenangan, keislaman dan keluhuran. - Melambangkan sekolah ini bakal melahirkan murid-murid yang berjaya akedemik dan mempunyai sahsiah yang mulia serta beriman.
Warna Merah Jambu: - Warna yang paling banyak terdapat pada bendera. - Warna ini mewakili murid-murid yang berjiwa murni dan bebas dari pengaruh negatif. - Murid yang mempunyai daya saing yang tinggi dan mempunyai akhlak yang mulia seiring dengan kejayaan akademik.
Warna Kuning: - Warna yang melambangkan murid-murid yang patuh kepada peraturan luar sekolah khususnya perkara-perkara yang melambangkan kecintaan kepada agama, bangsa dan Negara.
Warna Biru: - Warna pada tulisan SKCB yang terdapat di tengah bendera melambangkan warna keharmonian dan semangat nasionalisme mewakili keseluruhan hasrat sekolah ke atas murid-murid dan guru-guru di dalam menjayakan wawasan Negara.
Lencana Sekolah: - Lencana yang terletak di tengah di tengah bendera mewakili keseluruhan murid-murid. Sekolah berhasrat melahirkan insan yang seimbang rohani, jasmani dan sahsiah.
Bentuk Segi Tiga: - Bentuk segi tiga atau bentuk geometri yang terdapat di atas dan bawah bendera memberi maksud kejayaan dalam bidang sukan dan ko-kurikulum yang lain yang dapat membantu murid-murid berjaya dalam semua bidang.
LENCANA SEKOLAH

Warna Merah: - Melambangkan keberanian, mewakili murid-murid yang bakal dilahirkan bersifat berani menghadapi cabaran dan bersaing dengan dunia luar.
Warna Hijau: - Melambangkan Keislaman, kemurnian mewakili murid-murid yang mempunyai ilmu yang menjadi tonggak modal insan yang cemerlang yang belandaskan kepada peganggan agama islam.
Warna Putih: - Melambangkan warga sekolah mempunyai jiwa murni, bersih, suci dan murid-murid yang berakhlak mulia.
Bentuk Obor: - Melambangkan cahaya. - Ilmu menjadi cahaya dalam kehidupan. - Kejayaan kurikulum dan ko-kurikulum menjadi teras kejayaan sekolah dan individu.
Tiga Bulatan: - Kejayaan dalam bidang sukan.
Bentuk Buku: - Bentuk yang terletak di tengah lencana melambangkan inti ilmu yang bakal murid-murid perolehi di sekolah ini.
|
|
Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 29 Oktober 2009 00:19 |