MENU UTAMA

WAKTU SEKARANG

KOKURIKULUM

RANKING

Login Form



AKBAR TEMPATAN

KEM BESTARI SOLAT 2011
Ditulis oleh Administrator   
Selasa, 05 Julai 2011 16:34


28 Jun 2010 - Kem Bestari Solat adalah satu aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan, dan penghayatan. Kem Bestari Solat telah berjaya diadakan di SK. LKTP Chalok Barat yang melibatkan semua murid tahun 1,2,3 dan 5. Kem ini dianjurkan di bawah program J-Qaf dan Panitia Agama Islam Sekolah.

Kem ini melibatkan seluruh warga sekolah SKCB dan Guru KAFA sebagai Fasilitator.Kem ini dimulakan dengan pengagihan pelajar kepada setiap fasilitator.

Setiap pelajar diadakan ujian amali bacaan dalam solat,solat dan mengambil wuduk. Fasilitator akan menjadi pembimbing kepada pelajar untuk mengajar dengan betul cara bacaan dalam solat,solat dan mengambil wuduk.Diarapkan Kem Bestari Solat ini dapat melahirkan pelajar di golongan amal-amal dan soleh.

OBJEKTIF kem bestari solat adalah , Murid dapat mengambil wuduk dengan sempurna serta dapat mengetahui bilangan rakaat solat-solat fardu dengan betul.

Bukan itu sahaja murid dapat melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam solat betul dan lancar serta dapat melaksanakan solat dengan sempurna samaada secara bersendirian atau berjamaah.