MENU UTAMA

WAKTU SEKARANG

KOKURIKULUM

RANKING

Login Form



AKBAR TEMPATAN

KEM UPSR DAN MOTIVASI IBU BAPA
Ditulis oleh Administrator   
Khamis, 04 Ogos 2011 14:38


14 Julai 2011- Kem kecemerlangan UPSR dan Motivasi Ibu Bapa telah diadakan di dewan SKCB pada jam 2.30 petang. Majlis ini dirasmikan oleh Tn. Hj Kipayatu'Allah B Dato' Mohd Said Timbalan pegawai pelajaran Daerah Setiu.


Kem Motivasi Tahun enam merupakan program tahunan yang bukan sahaja dijalankan disekolah ini, malahan semua sekolah. Matlamat sebenar program Kem Motivasi ini adalah semata-mata untuk mencetuskan kesedaran di kalangan pelajar tentang peranan dan tanggung jawab mereka sebagai pelajar di samping meniupkan semangat dan azam yang tinggi untuk belajar serta bertekad untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR.



Antara rasional bagi program ini ialah membimbing dan menyedarkan pelajar tentang tangungjawab mereka sebagai pelajar dalam menimba ilmu pengatahuan. Program ini jugak dapat mewujudkan pelajar yang mempunyai azam dan iltizam untuk lulus dengan cemerlang dalam UPSR serta mempunyai ketrampilan dan kewibawaan sebagai pemimpin dalam kumpulan mereka. Objektif paling penting ialah memberikan semangat dan kekuatan mentaliti , emosi pelajar untuk menghadapi UPSR

 

Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 04 Ogos 2011 14:43